Monday 16 December 2013

Berita Harian : Christina Loh sedia ganti Yi Ting


Nay Pyi Taw: Christina Loh membuktikan dia sudah bersedia mengisi kekosongan ditinggalkan Siow Yi Ting selepas mempertahankan emas dalam acara 200 meter (m) kuak dada wanita negara di Kompleks Sukan Wunna Theikdi, semalam.
Christina Loh

Ia emas kedua peribadi buat perenang kelahiran Pulau Pinang itu di Myanmar dengan catatan 2 minit 32.56 saat, diikuti perenang Thailand, Chanvunnooch Salubluek, perak manakala perenang Singapura, Louisa Yeo gangsa.

"Saya agak terkejut pada mulanya namun gembira kerana mampu untuk menggantikan tugas Yi Ting yang sentiasa menyumbang emas buat negara dalam acara ini selama ini.

"Ada sedikit tekanan kerana sebelum ini saya selalu berenang bersama Yi Ting jadi saya berharap saya dapat mengekalkan prestasi ini.

"Ia juga masa terbaik peribadi, saya memang amat gembira," katanya yang sebelum ini memenangi emas dalam acara 100m kuak dada, kelmarin sekali gus menyamai pencapaian Yi Ting dua tahun lalu.

Begitupun, Christina tidak dapat mengekalkan emas yang dimenanginya di Indonesia apabila acara 50m kuak dada tidak dipertandingkan di Myanmar kali ini.

Begitupun, harapan negara untuk menambah sebutir emas gagal terlaksana apabila penyandang juara dalam acara 1,500m gaya bebas lelaki dua tahun lalu, Kevin Yeap sekadar meraih perak.
Selain sebutir emas dan perak, Malaysia turut menambah tiga lagi gangsa dalam acara 4x100m rampaian wanita, Yap See Tuan (200m kuak dada) dan 1,500 m gaya bebas menerusi Welson Sim.


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...