Tuesday 23 September 2014

IBSC memecah 24 rekod di Pertandingan Renang ke-3 Selangor ARENA Short Course Sprint 2014


IBSC telah menyertai Pertandingan Renang ke-3 Selangor Arena Short Course Sprint 2014 buat julung-julung kalinya pada 12hb -14hb September, 2014 yang lalu. Sebagai kelab jemputan, IBSC bertanding di bawah bahagian Negeri (State Division). Walaupun hanya menghantar 41 perenang sahaja, IBSC telah berjaya menduduki tempat ke-2 dalam gabungan mata keseluruhan bahagian Negeri. 
Apa yang disegani adalah perenang IBSC berjaya menjadi pemecah rekod terbanyak di pertandingan tersebut dengan memperbaharui 22 rekod individu and 2 rekod saringan berganti-ganti. Walaupun dengan sekatan bilangan perenang, IBSC dapat mengumpul 1,031 mata di belakang Pade Supersharkz dengan 1,301 mata.

Persembahan yang bertenaga oleh IBSC juga telah meletakkan beberapa perenang IBSC sebagai Perenang-Perenang Terbaik (Most Valuable Swimmers) bagi kategori umur masing-masing.

Pertandingan tersebut memberikan satu platfom baru buat perenang IBSC kerana diadakan di kolam 25m tidak seperti kebanyakan kejohanan-kejohanan renang yang lain di mana ianya diadakan di kolam 50m. Pengalaman baru ini tidak menghalang IBSC untuk memberikan persembahan terbaik. IBSC menunjukkan semangat berpasukan yang tinggi dan ini terbukti dengan 6 emas, 10 perak and 3 gangsa dari acara berganti-ganti. Terdapat 28 acara berganti-ganti dan IBSC telah mengambil bahagian dalam 21 acara.
Perenang IBSC menggunakan sepenuh peluang untuk mencatatkan masa terbaik mereka serta menyumbang mata berharga untuk pasukan. Pengalaman paling berharga telah dirumuskan oleh Coach Shazali dengan mudah sekali;
“It’s all in the turn”,
iaitu merujuk kepada betapa pentingnya fasa tersebut untuk memastikan catatan masa terbaik di kejohanan renang di kolam 25m. 


Kolam 50m disingkatkan ke 25m untuk pertandingan Short Course Sprint 

Berikut adalah ringkasan pemenang-pemenang pingat IBSC:
Perenang IBSC
Bil. Markah
Rekod Baru
Emas
Perak
Gangsa
Yeong Zhen Yi
92
6
9

1
Sebastian Soon
71
5
6
1
1
Tan Rou Ying
60
2
3
4

Goh Yue Hong
52
1
1
4

Iqmal Muqhis b. Faizal
51
2
3
3

Ian James Barr
50

2
4

Ashley Ting Xin Rui
50


2
3
Sharizan bin Shazali
41

2


Steve Khiew Hoe Yean
41
1
1

2
Keith Lim Kit Sern
40
2
2
2

Howard Sim Chern How
39



1
Desmond Ng Yi Hao
36
2
2
1
1
Yap Li Wen
36


1
3
Nicholas Soon
35
1
2
1
1
Ng Kai Wen
35



1
Kimberly Ong Zhu Ling
31


2
2
Brandon Chin Jiah Wuei
29



1
Tan Ei Siang
26



1
Adam Afif bin Faizal
18


1
1
Chong Yong Qi
17



1
Rohan Lee Zhi Hoong
13



2
Jason Ng Yew Soon
13



2


Yeong Zhen Yi (10), perenang perempuan terbaik kategori 10 tahun ke bawah dengan pungutan 9 emas and 1 gangsa, menerima hadiah wang tunai dari En. Favian Ong, 

IBSC ingin merakamkan ucapan terima-kasih yang tidak terhingga kepada sukarelawan, ibu-bapa, Coach Shazali, Coach Kamar dan tidak lupa juga semua perenang IBSC, yang kerana sumbangan mereka, dapatlah kita meyertai pertandingan ini dengan jayanya. Ucapan penghargaan juga ditujukan kepada PRAS kerana sudi menjemput kelab kami ke pertandingan tersebut.
Untuk keputusan penuh, sila muat-turun dari sini.
Laporan oleh Pengurus Pasukan IBSC,
Masron Mohamad
Ian James Barr memenangi 2 emas dan 4 perak
Perenang perempuan Kumpulan 3 sedang beratur menunggu giliran mereka 
Muqhis memecah rekod 50m gaya bebas dengan masa baru 26.03s
Pemenang-pemenang keseluruhan lelaki dari IBSC, dari kiri, Keith Lim, Sebastian Soon, Iqmal Muqhis dan Goh Yue Hong
Lelaki Kumpulan 1 sedang beraksi dengan gaya lentang
Pemenang keseluruhan lelaki Kumpulan 3
Pemenang keseluruhan perempuan Kumpulan 2


Lihat lebih foto di Galeri IBSC.




No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...