Wednesday, 31 October 2012

Sukan Dunia Online : Perenang UPM, Chui Lai Kwan Curi Tumpuan Hari Kedua SUKIPT

Chui Lai Kwan Curi Tumpuan di Bukit Jalil

Perenang Universiti Putra Malaysia (UPM), Chui Lai Kwan menggegarkan Pusat Akuatik Nasional Bukit Jalil dengan menggondol 3 pingat emas pada saingan hari kedua Sukan IPT 2012 (SUKIPT) dalam acara renang.

Lai Kwan memulakan renangan bergayanya menerusi acara 800 meter gaya bebas wanita dengan mencatat masa terpantas 10 minit 36.30 saat. Tidak berhenti setakat itu, perenang dari Sabah ini mendapatkan emas kedua menerusi acara 400 meter rampaian dengan catatan masa 5 minit 56:41 saat.

Lai Kwan melengkapkan hari gemilangnya dengan kemenangan dalam acara 200 meter kuak dada menerusi mata terpantas 2 minit 47:69 saat. Bekas perenang kebangsaan ini masih berpeluang untuk terus menyumbang pingat buat UPM memandangkan dia mengambil bahagian sebanyak 12 acara untuk SUKIPT kali ini.

” Saya mahu meraih sebanyak pingat yang boleh untuk kontinjen UPM. Selepas itu, saya mahu meraih emas di Sukan Universiti Asean (AUG) di Laos pada Disember nanti” kata Lai Kwan yang kini berlatih di bawah Persatuan Renang Selangor.

Lai Kwan mahu raih sebanyak mungkin pingat untuk UPM

source : Sukan Dunia Online

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...