Friday 5 April 2013

mStar Online : Kejohanan Renang Peringkat Umur Medan Pemanas Badan Perenang Negara


Jumaat April 5, 2013

KUALA LUMPUR: Kejohanan Renang Kebangsaan Peringkat Umur ke-49 di Pusat Akuatik Nasional Bukit Jalil di sini dari 19 hingga 21 April ini dijadikan medan pemanas badan bagi atlet menghadapi pelbagai kejohanan akan datang.

Setiausaha Kehormat Persatuan Renang Amatur Malaysia (Asum) Edwin Chong berkata setakat ini 13 buah negeri kecuali Kelantan telah mengesahkan penyertaan.

"Bagaimanapun, penyertaan masih dibuka dan akan ditutup seminggu sebelum bermulanya kejohanan renang peringkat umur ini," katanya.

Menurut Edwin, kejohanan kali ini menampilkan kelainan dalam format pertandingan, di mana ia dibahagikan kepada dua kategori iaitu Peringkat Umur Jemputan Malaysia dan Peringkat Umur Tertutup Malaysia.

Katanya, kejohanan itu adalah acara tahunan Asum bagi menguji tahap kemampuan atlet sebelum melalui kejohanan lain yang lebih mencabar.

"Kejohanan kali ini akan turut disertai dua negara luar iaitu Hong Kong yang akan menghantar 48 atlet, manakala India menghantar sembilan atlet bagi kategori Peringkat Umur Jemputan Malaysia," katanya.

Seperti tahun lepas, Edwin berkata bantuan penyertaan akan diberikan kepada setiap atlet di bawah Program Pelapis Negeri yang turut dibantu oleh Majlis Sukan Negeri dan persatuan negeri masing-masing. BERNAMA

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...